Bukit larut dahulunya Bukit Maxwell telah di buka 100 tahun oleh seorang Resident British di Perak iaitu George Maxwell dan merupakan Bukit Larut peranginan tertua di Malaysia..Tingginya 1250 meter dari paras laut dan jauhnya lebih kurang 13 km dari kaki bukit..Jalannya bertar telah di bina selepas perang tahun 1948..
Perkhidmatan landRover adalah merupakan satu2nya pengangkutan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke stesyen atas Bukit Larut pada ketinggian 1036 meter dari paras laut..Terdapat 108 selekoh (72 selekoh tajam)iaitu setiap minit perjalanan..Suhu pada waktu siang diantara 15 darjah Celsius.Bukit larut amat sesuai sebagai tempat berehat yang sunyi dan damai dari kesibukkan bandar juga dapat melikhat keindahan Bandar Taiping dan Selat Melaka.
Tempat2 penginapan ada disediakan seperti Banglo dan rumah2 untuk disewa..Bagi pelawat2 yang menginap dibanglo,mereka boleh memasak makanan sendiri dengan kemudahan alat memasak yang disediakan (tidak termasuk gas)Perkhemahan tidak dibenarkan dikawasan peranginan Bukit Larut kecuali kawasan disediakan Bukit Gunung Hijau dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu Jabatan Hutan dan Polis.
Kadar Sewa Penginapan Di Bukit Larut
Banglo/Rumah
Angkasa
4 Bilik (12 orang)
Sewa : RM 300.00/night
Beringin
2 Bilik (10 orang)
Sewa : RM 200.00/night
Permai View
3 Bilik (10 orang)
Di sini lah terletaknya jip2 landrover yang akan bawak pelancong untuk naik ke atas puncak Bukit Larut..Sebelum memulakan perjalanan kenderaan perlu diperiksa terlebih dahulu..
Permandangan dari puncak bukit larut . Suasana yang tenang
Pusat kepelbagaian biologi di puncak bukit larut .
Kabus yang menebal . sejukkkkkk!
Jangan lupaa datang ;'))))
No comments:
Post a Comment