Saturday, 25 January 2014

TAMAN TASIK TAIPING

Hi , entry kali ni nak bercerita tentang keindahan Taman Tasik Taiping , 

Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Keluasan taman tasik di Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar. Ia merupakan idea dari Residen British di Perak Robert Sandilands Frowd Walker. Dilakar oleh perancang bandar Charles Compton Reade. Ianya menjadi tumpuan sehingga kini. 

Taman Tasik Taiping terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang menghijau dan Pokok Hujan-Hujan atau 'Samanea Saman'. Pokok Hujan-Hujan ini berusia lebih 125 tahun yang membentuk kanopi semulajadi yang indah di Taman Tasik Taiping. Ia merupakan taman awam pertama di Malaysia.

Jummmm kitaaa tengok gambar gambar di bawah :')

Kayak itik ;")

Boleh bersantai menikmati keindahan di bawah pokok yang redupp :')

Laluan jogging di Taman Tasik Taiping ;")

Pondok bersantai ;')

Suasana waktu malam .

Aktiviti yang boleh dilakukan:
- berjogging
- berkelah bersama keluarga
- sesi photoshoot perkahwinan/modeling
- bersantai
- kayak itik

Tempat-tempat menarik di sekitar:
- Zoo Taiping/Safari Night
Bukit Larut/Maxwell
- Burmees Pool
- Muzium Taiping
- Tugu Peringatan Perang

apa lagi korang tunggu? jom la melawat Perak. :)

No comments:

Post a Comment